INSURAN/TAKAFUL ITU PERLU KENAPA?
Insuran atau takaful adalah amat penting kerana anda akan dilindungi hak anda sebagai peminjam dan juga hak LPPSA atau Bank sebagai pemberi pinjaman. Apabila permohonan pinjaman anda lulus dan pihak anda telah menandatangani borang setuju terima anda akan di lindungi oleh insuran serta merta sehinggalah pinjaman anda telah selesai sepenuhnya. Untuk kali ini dibincangkan mengenai perlindungan takaful/insuran bagi peminjam dengan LPPSA.
Tiada siapa pun yang boleh meramal apa yang akan berlaku pada kita dalam 10 tahun yang akan datang. Adakah kita masih bernyawa atau sihat seperti sediakala untuk menjalani kehidupan seperti sekarang ini. Maka disinilah peranan yang dimainkan oleh pihak insuran atau Takaful bagi melindungi anda dan keluarga anda.
Bagi peminjam yang membuat pinjaman secara islamik (iaitu pembiayaan melalui SPBBAi) anda diwajikan untuk mengambil takaful sebagai perlindungan diri dan harta anda mana kala peminjam konvensional (iaiatu pembayaan melalui pinjaman SPPBA) wajib mengambil insuran sebagai perlindungan.
Mulai 1hb. Januari, 2018 peminjam atau waris boleh membuat tuntutan jika berlakunya perkara seperti berikut :-
- kematian
- keilatan yang kekal
- penyakit yang kritikal
Sumber : Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Sebagai pengguna yang bijak anda perlu mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang sekim yang ditawarkan oleh pihak insuran/takaful sebagai pelindung kepada harta dan waris.
Dibawah adalah diantara senarai panel takaful/insuran yang berdaftar dengan LPPSA
- SUNLIFE MALAYSIA TAKAFUL
- TAKAFUL IKHLAS
- TAKAFUL MALAYSIA
- ZURICH TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
- AIA PUBLIC TAKAFUL
- ETIQA TAKAFUL
- PruBSN TAKAFUL
- GREAT EASTERN TAKAFUL
- ETIQA INSURANS
Sumber : Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Sekiranya peminjam menghidap penyakit kritikal dan layak untuk memperolehi pencen ilat, maka peminjam tersebut boleh mengemukakan permohonan tuntutan kepada LPPSA untuk dimajukan kepada panel insurans/takaful dengan mengemukan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang pemberitahuan keilatan/penyakit kritikal;
- Surat pemohonan pampasan penyakit kritikal oleh peminjam;
- Laporan Kesihatan daripada hospital; dan
- Surat kelulusan persaraan daripada Jabatan disebabkan oleh masalah kesihatan.
Sumber : Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Peminjam atau waris adalah dinasihatkan untuk merujuk dengan pihak panel insurans/takaful terlebih dahulu untuk mengetahui jenis-jenis perlindungan yang dilindungi. Sekiranya peminjam menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan dan juga mengemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan lain yang disahkan oleh pihak terlibat, maka pihak takaful/insuran akan membuat pembayaran kepada pihak LPPSA dan akan memaklumkan kepada peminjam atau waris setelah bayaran pampasan terima oleh LPPSA.
Sekiranya berlaku kematian LPPSA perlu dimaklumkan dengan segera dengan mengisi Borang Pemberitahuan Kematian dengan mengemukan 2 salinan sijil kematian yang telah disahkan agar LPPSA boleh memaklumkan pihak takaful/insuran untuk proses yang seterusnya. Borang Pemberitahuan Kematian tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA.
December 31, 2019 @ 3:58 am
Maaf saya nak bertanya. Sekiranya peminjam terpaksa bersara awal disebabkan oleh faktor sakit (kegagalan buah pinggang), adakah baki pinjaman perumahan tersebut ditanggung oleh insuran?
Terima kasih.
December 31, 2019 @ 4:08 am
Tuan kena rujuk dengan insuran yang tuan pilih semasa permohonan dibuat pinjaman dibuat…kerana ada terma dan telah ditetapkan oleh pihak insuran.
January 19, 2020 @ 2:34 am
apa perbezaan insurans2/takaful2 tersebut? yang manakah yang mempunyai MRTT dan LTHT? boleh tuan bagi secara lebih detail lagi berkaitan topik ini?
January 19, 2020 @ 6:01 pm
Insuran adalah perlindungan kepada pinjaman secara konvensional manakala Takaful adalah perlindungan kepada pinjaman secara Islamik. Semua penal insuran yang dilantik mempunyai MRTT dan LTHT. Untuk mengetahui secara terperinci pemohon adalah digalakan untuk membaca brocer yang telah disediakan oleh pihak tersebut sebelum pemilihan insuran dibuat
January 19, 2020 @ 6:02 pm
Insuran adalah perlindungan kepada pinjaman secara konvensional manakala Takaful adalah perlindungan kepada pinjaman secara Islamik. Semua penal insuran yang dilantik mempunyai MRTT dan LTHT. Untuk mengetahui secara terperinci pemohon adalah digalakan untuk membaca brocer yang telah disediakan oleh pihak insuran sebelum sebarang pemilihan dibuat
October 14, 2021 @ 3:31 pm
saya membeli rumah jenis appartment..kenapa LPPSA sertakan LTHT?
October 18, 2021 @ 8:33 am
Semua pinjaman lppsa akan ada LTHT…tiada pengecualian buat masa ini