HILANG GERAN TANAH
Jika Hilang Geran Tanah ianya perlulah digantikan dengan yang baru kerana ianya merupakan dokumen penting yang mengesahkan bahawa harta tersebut adalah milik ada sepenuhnya kerana Geran yang asal yang telah digadaikan tidak mungkin berada ditangan anda. Ianya akan disimpan oleh pemegang gadaian harta tersebut misalnya pihak bank atau LPPSA. Geran tersebut hanya akan diserahkan kepada anda setelah anda menjelaskan hutang sepenuhnya kepada pemegang gadaian.
Berbalik kepada Geran yang Hilang tadi. Langkah yang perlu anda ambil jika anda adalah sebagai pemilik yang geran sah, buatlah lapuran polis dengan berilah keterangan bagaimana Geran tersebut boleh hilang dalam lapuran itu.
Setelah selesai membuat lapuran, anda wajib membeli salinan lapuran tersebut untuk dimajukan bersama dengan dokumen-dokumen lain semasa permohonan dibuat.
Di Negeri Perak dokumen yang perlu bagi gantian geran baru adalah seperti berikut :
- surat Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Pemilik yang Berdaftar
- salinan cukai tanah yang terkini yang telah dijelaskan
- wang pos yang bernilai RM 30.00 diatas nama PERCETAKAN NASIONAL BERHAD
- Salinan Asal Lapuran Polis
- Carian Persendirian (Land Search)
- bayaran permononan sebanyak RM190.00
Pembayaran permohonan boleh dibuat secara tunai atau cek. Jika pembayaran dibuat menggunakan cek maka jumlah RM190.00 itu tadi perlu di bahagikan kepada 2 cek iaitu sebanyak RM180.00 dan RM10.00.
Bagi bayaran RM180.00 (boleh dibulan dalam satu cek) tersebut ianya dikenakan untuk
i) Pendaftaran Hakmilik – RM120-00
ii) Fail Surat Akuan – RM30-00
iii) Bayaran Notis – RM 30-00
dan bagi bayaran cek RM10-00 (cek yang berasingan) pula adalah bayaran untuk Deraf & Pelan di unit lain.
Kemudian anda bawalah dokumen yang diatas, sama ada ke Pejabat Tanah atau ke Pejabat Tanah Dan Galian mengikut dimana tanah milik anda didaftarkan. Setelah permohonan dibuat anda terpaksa menunggu untuk di temuduga oleh pejabat Tanah dan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh temuduga barulah geran tersebut siap dan boleh diambil oleh anda.
Oleh itu sebaik-baiknya anda simpanlah geran anda sebaik mungkin untuk megelakan kesulitan berlaku. Dan kepada mereka yang mempunyai ibu bapa yang berumur dan mudah lupa, anda peliharalah segala dokumentasi dan geran tanah milik mereka dengan baik. Peganglah amanah anda dengan sebaik mungkin kerana kita semua akan dipersoalkan dengan apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita.