GERAN TANAH MUKASURAT 3
GERAN TANAH MUKASURAT 3 ini tidak banyak infomasi lain kecuali tentang keluasan, lokasi tanah dan butiran harta seperti yang terdapat dalam geran di mukasurat 1 dan mukasurat 2 .
Cuma terdapat lakaran di dalam geran ini yang menunjukan secara spesifik yang menandakan tanah itu adalah tanah pemilik . Ianya di lukis mengikut skala yang dinyatakan dalam pelan tersebut berdasarkan keluasan sebenar tanah.Pelan tersebut dilukis berdasarkan lokasi sebenar tanah.
Memandangkan saya tiada kepakaran dalam bidang pelan ni saya tidak berani untuk mengupas secara terperinci kerana takut saya memberi informasi yang salah kepada anda.
Ini adalah kerana untuk tujuan pinjaman perumahan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA) tidak ada butiran yang perlu di rujuk bagi mukasurat ini. Ianya hanya perlu untuk melengkapkan set Geran untuk mendapat gambaran secara ringkas tentang lokasi harta tersebut.
Untuk makluman anda semua walaupun Geran ini merupakan Geran tanah yang berada di Negeri Perak, namun demikian tidak terdapat banyak perbezaan dengan geran yang berada di negeri lain. Hanya logo dan lokasi nya berbeza mengikut Negeri, Nama Mukim dan Nama Daerah. Selain dari itu boleh dikatakan informasi lain adalah sama tidak banyak berubah.
Semuga dengan maklumat yang diberikan, ianya dapat memberi manafaat yang berguna anda semua dan boleh digunakan sebagai panduan untuk anda terutamanya ketika anda ingin membeli rumah. Dengan maklumat yang ada anda boleh memilih harta yang mana bersesuaian dengan diri anda berdasarkan keluasan, lokasinya dan kelayakan anda
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.