GERAN TANAH MUKASURAT 2
Dibawah ini pula adalah geran tanah muka surat 2 bagi Geran Tanah. Di dalam geran tanah muka surat 2 ini pula ada mencatatkan beberapa perkara seperti SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN – iaitu ” Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak kecil atau dibebankan tanpa kebenaran Menteri Besar Perak“
Ini bermakna sekiranya anda ingin menjual atau membeli harta/tanah tersebut anda perlu mendapat Kebenaran Menteri Besar (MB’s Consent) terlebih dahulu bagi tujuan Pindahmilik dan juga untuk Menggadai/Mencagar.. Barulah proses seterusnya untuk pindahmilik dan Menggadai/mencagar boleh lakukan. Tetapi jika sekiranya anda ingin membeli tanah ini secara tunai anda tidak perlu mendapat Kebenaran Menteri Besar untuk Menggadai/mencagar tapi anda hanya perlu mendapatkan kebenaran untuk Pindahmilik sahaja.
Manakala sekiranya anda ingin membuat pinjaman dengan institusi kewangan atau dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) anda wajib membuat permohonan Kebenaran Pindahmilik dan juga Menggadai/mencagar, kerana tanah ini akan di pindahmilik keatas nama anda dan akan dicagarkan pula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau institusi kewangan sebagai pemegang gadaian
Dibawah pula anda juga dapat melihat perkataan REKOD KETUANPUNYAAN didalam geran ini. Ianya mencatatkan nama tuan punya yang sah bagi harta tersebut. Butiran yang lengkap pemilik seperti nama yang terdapat didalam Kad Pengenalan, No. Kad Pengenalan dan alamat pemilik yang akan dicatatkan dalam ruangan ini.
Untuk makluman anda hanya nama tuan punya sahaja yang akan dicatatkan dalam geran ini. Jika dibawah nama tuan tanah terdapat nama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau mana-mana nama institusi kewangan yang lain ini bermakna harta/tanah ini telah dicagarkan/digadaikan atas nama yang tertera.
Walau bagaimana anda tidak seharusnya bergantung kepada maklumat yang terdapat dalam Geran ini sahaja kerana butiran yang ada dalam Geran boleh berubah. Misalnya ianya di kaveatkan oleh pihak ketiga ataupun ada transaksi lain yang dibuat oleh pihak ketiga. Ini akan menimbulkan masaalah jika anda telah membuat bayaran deposit.
Untuk mengetahui status harta/tanah sebelum anda membeli harta/tanah tersebut, anda perlulah membuat Carian Resmi terlebih dahulu agar anda mendapat maklumat terkini dan secara terpetinci mengenai harta/tanah tersebut.
Di Pejabat Tanah Perak ini anda hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM40-00 bagi Carian Persendirian dan RM80-00 bagi Carian Resmi. Untuk makluman anda juga harga bagai Carian tersebut berbeza mengikut Negeri masing-masing.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.