GERAN INDUK ATAU MASTER TITTLE
Geran induk atau Master Master Tittle ialah geran besar (keluasan tanah yang besar) yang kebiasaannya didaftarkan atas satu penama. Lazimnya Geran Induk tersebut didaftarkan diatas nama pemaju. Tanah yang didaftarkan atas nama Geran Induk ini kebiasaanya digunakan oleh pemaju untuk membina rumah teres atau rumahpangsa untuk dijual kepada umum.
Sebenarnya tidak ada masaalah samaada anda membeli rumah dibawah Geran Induk atau Geran Individu. Masaalah hanya akan timbul jika anda membeli rumah dengan pemaju yang bermasaalah. Dimana pemaju tersebut tidak boleh menyiapkan rumah yang anda beli mengikut jadual seperti yang terdapat didalam perjanjian Jualbeli; atau kegagalan pemaju untuk menyiapkan rumah tersebut dan boleh menyebabkan projek rumah tersebut terbengkalai.
Oleh yang demikian adalah wajar bagi anda membuat semakan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memastikan kedudukan kewangan dan melihat latarbelakang syarikat tersebut sebelum anda membeli rumah dengan pemaju yang masih dalam pembinaan. Ianya amat perlu dilakukan tidak kira sama ada anda membeli rumah yang sudah mempunyai Geran Individu atau Geran Induk.
Prosesnya penyediaan dokumen bagi Geran Induk adalah berbeza sedikit berbanding dengan penyediaan dokumen bagi Geran Individu. Seperti juga Geran Individu, proses Adujikasi perlu dibuat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setelah pembayaran atau pengecualian dibuat dokumen tersebut perlu didaftarkan dengan Mahkamah. Ianya difailkan di Mahkamah kerana bagi pembelian harta dibawah pegangan Geran Induk ini terdapat Surat Kuasa Wakil yang hanya sah di daftarkan di Mahkamah.
Bagi pembelian hartanah dibawah pegangan Geran Induk anda tidak perlu untuk menandatangani Borang 14A. Surat Kuasa Wakil itu adalah sebagai ganti kepada 14A sebelum Geran Induk tersebut di pecahkan untuk menjadi Geran Individu
Setelah dokumen-dokumen pinjaman samaada pinjaman dengan Bank atau dengan LPPSA difailkan dimahkamah, dan didapati bahawa kepentingan mereka terpeliharan, barulah pihak bank atau LPPSA akan mengeluarkan wang untuk membiayai pinjaman anda. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kadar peraturan siap rumah berdasarkan lapuran artikek yang berdaftar.
Sila anda ada pertanyaan sila komen dibawah. terima kasih.