CUKAI TANAH DAN CUKAI TAKSIRAN 2019
Cukai tanah dan Cukai Taksiran 2019 dah bayar ke? Selain dari kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak bagi awal tahun ini jangan lupa tentang Cukai Tanah dan Cukai Taksiran. Cukai tanah perlu dijelaskan di Pejabat Tanah manakala Cukai Pintu dielaskan di Majlis Daerah tempat harta tersebut. Tapi sekarang pembayaran adalah mudah, boleh dibuat secara online, dah ada One Stop Centre yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dimana kita boleh menjelaskan semua bil termasuk bill yang dinyatakan diatas.
CUKAI PINTU
Cukai pintu akan dikenakan kepada anda sebanyak 2 kali setahun. Dimana anda perlu menjelaskannya sebelum 28hb. Febuari, pada tiap-tiap tahun bagi penggal yang pertama dn pada 31hb. Ogos bagi penggal kedua pada tiap-tiap tahun. Bayarlah sebelum tarikh yang ditetapkan kerana jika tidak anda anda dikenakan denda yang agak tinggi….lebih tinggi dari faedah Along….
Bayaran cukai pintu dikenakan diatas perkidmatan yang disediakan seperti caj pengangkutan sampah kebersihan longkang, rumput-rumput ditepi-tepi jalan dan lain-lain servis pembersihan.
CUKAI TANAH
Cukai Tanah dikenakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dimana harta tersebut berada. Tetapi pembayaran boleh dibuat dimerata tempat sekarang ini. Dari Pejabat Tanah dan Daerah, One Stop Centre hingga lah ke Pejabat Pos anda boleh membuat bayaran. Cukai Tanah perlu dibayar sebelum 1hb. Jun pada tiap tiap tahun. Jika tidak anda anda didenda sebanyak RM5.00 setahun. Dendanya lebih murah berbanding dengan denda Majlis Perbandaran. Walau bagaimana begitu janganlah ambil remeh tentang pembayaran ini kerana bila dikumpulkan jumlahnya akan menjadi jumlah yang besar.
Sebenarnya apa yang hendak dimaklumkan kepada anda semua bahawa Cukai Tanah dan Cukai Pintu perlu dibayar sekiranya anda ingin membuat transaksi jualbeli. Jika anda ingin membuat permohonan Kebenaran Pindahmilik (Menteri Besar Consent) anda perlu menjelaskan kedua-dua cukai diatas dan anda perlu mengemukakan resit pembayaran yang terkini barulah permohonan anda akan diproses.
Begitu juga dengan Pendaftaran Pindahmilik, melepaskan Gadaian atau apa-apa transaksi yang melibatkan urusan dengan Pejabat Tanah Cukai Tanah perlu dijelaskan sebelum sebab proses boleh dibuat.