CARA MENGISI BORANG SPPB (BORANG PINJAMAN)
Bagaimanakah CARA MENGISI BORANG SPPB (BORANG PINJAMAN) yang betul?
Ramai daripada pemohon pinjaman menghadapi masalah yang besar apabila perlu mengisi borang permohonan pinjaman perumahan SPPB secara online. Tapi anda tak perlu panik. Sebenarnya ianya tidaklah sukar sepertimana yang disangkakan. Amat mudah untuk dilakukan oleh anda sendiri. Apa yang anda perlu lakukan ialah terlebih dahulu mengumpul semua maklumat peribadi anda sebelum anda mengisi borang permohonan tersebut. Antara maklumat yang perlu anda sediakan terlebih dahulu adalah seperti berikut :-
- BUTIRAN PERIBADI ANDA SEBAGAI PEMOHON
- GAJI
- TARIKH PERLANTIKAN JAWATAN
- TARIKH PENGESAHAN
- GRED JAWATAN
- MAKLUMAT KETUA JABATAN
- MAKLUMAT PASANGAN
- MAKLUMAT 2 AHLI KELUARGA YANG RAPAT (jangan masuk nama pasangan)
- BUTIRAN HARTA (lihat salinan geran)
- JUMLAH PINJMANAN (ikut harga jualbeli sekiranya ingin membuat pinjaman penuh))
- HARGA BELIAN HARTA ikut harga jualbeli)
- TEMPOH PINJAMAN (KEBIASAAN 360 BULAN)
- PEMILIHAN INSURAN
Setelah semua maklumat diatas berjaya dikumpul langkah seterusnya ialah anda perlu melayari laman web www.lppsa.gov.my untuk membuat permohonan online. Sebelum itu anda perlu membuat pendaftaran dahulu. Apabila anda telah masuk le web SPBB paparan GERBANG RASMI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN akan keluar. Kemudian anda dapat lihat MENU di tepi sebelah kanan. Apa yang perlu anda buat ialah klik pada PENDAFTARAN ID BARU. Anda hanya perlu mengisi kotak kosong bersesuaian dengan pertanyaan yang dikemukakan sehingga pendaftaran anda berjaya didaftarkan. Untuk lebih jelas di bawah ini terdapat video bagi memudahkan anda.
BACA JUGA : PINJAMAN LPPSA – WANG BEZA
Setelah permohonan anda telah berjaya didaftarkan dengan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang anda cipta semasa pendaftaran tadi anda boleh Log Masuk ke GERBANG RASMI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN tadi untuk mengisi permohonan pinjaman anda.
Pada masa ini lah segala maklumat yang anda kumpulkan itu diperlukan untuk mengisi permohonan pinjaman anda. Sila ambil perhatian dan ianya amat penting. Anda hanya perlu mendaftarkan email anda yang aktif untuk mengelakan sebarang masaalah semasa permohonan pinjaman anda lulus kelak. Pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tidak lagi menghantar surat kelulusan secara pos. Surat Kelulusan akan dihantar melalui email. Ianya bertujuan untuk mempercepatkan proses penyediaan dokumentasi Gadaian. Jangan salahkan pihak Pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) jika anda lambat atau tidak menerima surat kelulusan pinjaman. Semua butiran harusnya lengkap dan tepat untuk mengelakan kesulitan dimasa akan datang.
Setelah pinjaman anda telah lulus jangan lupa untuk memberi satu salinan kepada peguam untuk proses yang seterusnya.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.
Terima Kasih.
SEMAK BAKI HUTANG - LPPSA - Pinjaman Perumahan LPPSA
September 1, 2018 @ 12:23 pm
[…] Cara yang KEDUA ialah dengan melayari masuk ke laman web SPPB, sekiranya anda masih ingat akan kata laluan anda. Untuk akses ke laman ini hanya mereka yang pernah berdaftar dengan SPPB dan masih ingat akan kata laluannya boleh berbuat demikian. Sekiranya anda masih belum mengetahui apa itu SPPB sila tekan link CARA MENGISI BORANG SPPB (BORANG PINJMAN) […]
April 9, 2020 @ 2:17 pm
tuan boleh download LPPSA Financing untuk mendapat bagi hutang atau menulis di e-tiket untuk mendapatkan baki hutang tuan.
March 30, 2020 @ 3:23 am
Semakan baki pinjaman perumahan
April 9, 2020 @ 2:18 pm
tuan boleh download LPPSA Financing untuk mendapat bagi hutang atau menulis di e-tiket untuk mendapatkan baki hutang tuan.
June 25, 2020 @ 10:19 am
Bagaimana nak isi permohonan jika nk join loan dgn suami yg bekerja dalam sektor swasta?
July 24, 2020 @ 2:49 am
maaf lambat….tuan boleh rujuk kepada pihak peguam untuk perkara ini