BORANG SETUJU TERIMA – LPPSA
Kelulusan pinjaman perumahan LPPSA anda akan di maklumkan melalui email anda. Pastikan anda memberi email yang aktif dan anda ingat akan kata laluanya. Jika tidak anda tidak akan dapat kelulusan pinjaman tersebut dan anda terpaksa menghubungi Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk dihantar ke email yang baru. Susah kan. Bukan itu sahaja penyediaan dokumen Gadaian juga tidak dapat di disediakan oleh pihak peguam. Anda juga akan dikena denda diatas kelewatan jika tamat tempoh perjanjian.
Jika sekiranya ada telah menerima kelulusan Pinjaman yang dihantar ke email anda, maka ianya perlu dicetak (berapa salinan terpulang kepada keperluan anda kerana sesetengah majikan memerlukan salinan surat tersebut untuk rekod perjawatan).
MAKLUMAT PENTING……….Selepas menerima surat kelulusan pinjaman anda perlu meneliti kembali segala butiran yang terdapat dalam surat kelulusan pinjaman tersebut. Anda kena lihat jumlah pinjaman anda, butiran harta, butiran peribadi dan juga jumlah bayaran balik anda. Jika anda bersetuju dengan segala ketetapan yang terdapat dalam kelululusan pinjaman anda tersebut maka barulah anda menandatangani Borang Setuju Terima yang dikepilkan bersama-sama dengan Surat Kelulusan Pinjaman.
Sebelum tu anda jangalah lupa untuk majukan salinan Surat Kelulusan tersebut kepada pihak peguam….kalau tidak bagaimana pihak peguam dpat menyediakan dokumentasi gadaian tersebut untuk dimajukan kepada dengan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Jika anda lambat memberikan Surat Kelulusan tersebut kepada pihak peguam maka lambat lah proses Gadaian dapat dibuat …mesti anda tak nak kan…
Ok…..setelah anda berpuashati dengan segala butiran dalam Surat Kelulusan tersebut baru lah anda boleh menandatangani Borang Setuju Terima tersebut dan disaksikan oleh majikan anda….Selepas menandatangani Borang setuju terima tersebut anda perlu majukan sesalinan Borang Setuju Terima yang telah ditandatangani kepada peguam untuk dimajukan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bersama-sama dengan borang Gadaian. Tapi jangan lupa simpan salinan untuk rujukan anda nanti.
Sebaik sahaja borang setuju terima telah anda ditandatangani bermakna secara resminya anda telah bersetuju dengan segala apa butiran yang termaktub dalam surat kelulusan pinjaman. Maka permohonan anda akan diproses oleh pihak Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Langkah yang pertama yang dilakukan oleh pihak Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah mengeluarkan wang pinjaman anda kepada pihak Insuran untuk melindungi anda sebagai pemilik hartanah dan juga melindungi Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebagai pemegang gadaian bagi harta tersebut.
Sekiranya anda ingin membatalkan pinjaman anda selepas borang setuju terima ditandatangani anda akan terpaksa menanggung kos insuran yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Rugi…kan……so berhati hati…. sebelum menandatangani BORANG SETUJU TERIMA.
Related
August 31, 2018 @ 9:55 am
Assalamualaikum Tuan/Puan
Saya sudah selesai membaca kesemuanya. Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan. Panduan yg Tuan/Puan berikan amat membantu saya untuk membeli rumah pertama saya..
August 31, 2018 @ 10:42 am
terima kasih cik Luna. Semuga bemanafaat.