SOALAN: BOLEHKAN PELEPASAN GADAIAN BANK DIURUSKAN SENDIRI OLEH PEMINJAM
Saya telah diajukan soalan oleh pembaca yang bertanyakan soalan seperti berikut:
Bolehkah pelepasan gadaian bank dibuat sendiri oleh peminjam tanpa menggunakan khidmat peguam.
Jawapan saya adalah TIDAK BOLEH.
Apabila anda telah selesai menjelaskan hutang anda dengan pihak bank maka secara otomatik harta tersebut adalah hakmilik anda sepenuhnya. Sebelum ini harta tersebut walaupun milih anda, tetapi ianya masih bukan milik anda secara total kerana terdapat nama Bank atau nama pemberi pinjaman sebagai pemegang gadaian didalam Geran anda.
Oleh itu setelah selesai semua pembayaran maka anda perlu mengeluarkan nama bank sebagai pemegang gadaian di dalam Geran anda tersebut. Dan sebagai pemilik yang sah sudah pasti anda ingin menyimpan geran tersebut sendiri. Sebelum anda boleh megeluarkan nama bank sebagai pemegang gadaian ada beberapa proses yang perlu dilakukan. Disinilah perlunya anda melantik pihak peguam untuk menguruskan segala proses tersebut.
Pihak bank kebiasaannya akan meminta peminjam melantik peguam untuk menguruskan transaksi Pelepasan Gadaian harta anda apabila peminjam telah menjelaskan pinjaman rumah sepenuhnya. Peminjam perlu menandatangani surat persetujuan perlantikan peguam bagi urusan Pelepasan Gadaian ini. Setelah surat perlantikan dibuat pihak peguam akan menyediakan Borang 16N untuk ditandatangani oleh pihak bank sebagai tanda persetujuan bahawa hartanah tersebut boleh di lepaskan gadaian oleh pihak bank.
Setelah pihak bank berpuashati, dokumen tersebut akan ditandatangai oleh wakil bank yang telah didaftarkan dengan Pejabat Tanah dimana harta tersebut didaftarkan. Setelah borang 16N telah ditandatangiani oleh wakil bank, dokumen 16N tersebut akan dikembalikan bersama-sama dengan Suratan Hakmilik Asal, Pendua Gadaian dan dokumen yang berkaitan dengan Pelepasan Gadaian kepada pihak peguam.
Setelah dokumen tersebut diterima oleh pihak peguam, dokumen 16N tersebut akan dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan proses pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Tanah/Pejabat Tanah & Galian mengikut negeri dan daerah hartanah masing masing.
Bagi Negeri Perak, pendaftaran bagi Pelepasan Gadaian adalah sebanyak RM110.00 bagi satu surat kuasa wakil dan tambahan RM50.00 bagi penambahan surat kuasa wakil berikutnya. Untuk makluman anda semua harga pendaftaran bagi Pelepasan Gadaian berbeza mengikut negeri masing masing. Juga dingatkan ini adlah hanya untuk pendataran sahaja. Tidak termasuk kos peguam yang menyediakan segala dokumentasi untuk Pelepasan Gadaian dan juga kos lain yang terlibat.
Semasa pendaftaran, dokumen yang diperlukan selain daripada wang pendaftaran, Suratan Hakmilik Asal, Cukai pintu terkini yang berbayar, borang 16N yang telah ditandatangani oleh pihak bank yang telah dimatikan setem, Pendua gadaian, dokumen yang berkaitan dan salinan kad pengenalan. Ini untuk pendaftaran di Perak. Mungkin ada perbezaan sedikit dengan pejabat Tanah dinegeri negeri lain.
Pihak bank ingin memastikan bahawa benar-benar layak di benarkan untuk penyediaan dokumen untuk mengelak sebarang kesulitan kepada peminjam dan pihak bank.
Kebanyakan Peminjam tidak tahu akan prosedur yang belum dilakukan bagi proses Pelepasan Gadaian ini.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dibawah dan pertanyaan anda cuba saya jawap.
January 7, 2020 @ 11:24 am
berapa tempoh yg diambil untuk proses pelepasan gadaian kepada final disbursment?
January 8, 2020 @ 5:58 am
Persoalan tuan ni merujuk kepada pinjaman lppsa atau bank. Setelah pendaftaran kepada pemilih baru selesai biasanya nya mengambil masa dalam tempoh 21 hari bekerja
March 31, 2020 @ 5:02 pm
Untuk pinjaman LPPSA,sekiranya pinjaman telah selesai sepenuhnya pada bulan ini (potongan terakhir April 2020),apa langkah2 yang perlu saya lakukan?Atau saya tunggu sahaja LPPSA uruskan semua dan geran dihantar kepada saya?
April 9, 2020 @ 2:13 pm
Sebaiknya tuan menulis di e-tiket maklumkan bahawa pinjaman tuan akan selesai dalam masa yang terdekat. Tuan juga boleh maklumkan kepada LPPSA peguam mana yang tuan ingin lantik untuk menguruskan pelepasan gadaian tuan.
August 18, 2020 @ 8:29 am
boleh saya tahu kos untuk vesting LPPSA (30A) berdasarkan apa?
August 20, 2020 @ 7:09 am
Maaf saya kurang faham soalan tuan. Vesting order perlu apabila peminjam dahulu membuat pinjaman dengan Bahagian Pinjaman Perumahan dan kini telah bertukar nama kepada LPPSA. Kebiasaannya pernyediaan dokumen tersebut dibuat oleh pihak peguam, Jadi pihak peguam akan mengenakan caj perkhidamatan kepada pihak tuan
August 20, 2020 @ 9:34 am
Ya.vesting order dikenakan jika peminjam dahulu membuat pinjaman
dgn bpp. Pihak Peguam maklumkan caj utk item vesting 30a -adalah caj semasa berurusan di pej tanah. Saya ingin tahu kiraan caj tersebut berdasarkan apa? Kerana jika hartanah di selangor caj adalah muran berbanding caj yg dikenakan di kelantan.(kes saya..saya telah jual rumah di negeri kelantan)
September 17, 2020 @ 4:01 am
Harga pendaftaran pada sesebuah negeri adalah berbeza diantara satu dengan yang lain. Tuan kena drujuk dengan Pejabat Tanah/PTG negeri tersebut. Kebiasaannya pendaftaran di Kelantan agak mahal berbanding dengan negeri lain. Setiap Negeri ada Kanun Tanah mereka sendiri. Contohnya orang luar Kelantan tidak dibenarkan untuk membeli tanah di Kelantan (bersyarat) tetapi di Perak misalnya sesiapa sahaja boleh membeli tanah dinegeri ini.
October 13, 2020 @ 2:46 pm
Salam selepas dapat geran dari Lppsa, proses seterusnya lhdn dan pejabat tanah. Apakah proses yang dilakukan di Lhdn. Adakah ia hanya matikan setem sahaja di lhdn?
October 14, 2020 @ 1:09 am
Benar tuan, selepas mendapat geran, Borang Melepaskan Gadaian yang telah ditandatangani oleh pihak peguam perlu dibawa ke LHDN untuk penyeteman sahaja. Kemudian perlu didaftarkan dipejabat Tanah. Jika tuan membeli semasa Bahagian Pinjaman Perumahan dahulu perlu menyertakan ada borang 30A. Jika tuan membeli dengan LPPSA tidak perlu borang tersebut.