BIL AIR ATAU BIL LETRIK
Bil Air atau Bil Letrik kini perlu dijelaskan sepenuhnya oleh penjual sama ada bil tersebut didaftrkan atas nama beliau atau tidak. Di Perak pada tahun yang kebelakangan dahulu penjual tidak akan dipertanggungjawapkan untuk menjelaskan bil yang bukan diatas nama beliau walaupun bil tersebut didaftarkan diatas alamat premies beliau.
Tapi baru-baru ini salah seorang dari pembeli telah pergi ke pejabat Tenaga Nasional Berhad untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bekalan Letrik untuk rumah yang baru dibelinya. Beliau membawa salinan geran, Perjanjian jualbeli dan berserta sedikit bayaran untuk tujuan tersebut. Malangnya pendaftaran beliau tidak dapat dibuat dengan alasan bahawa penghuni lama mempunyai tunggakan bil letrik yang belum dijelaskan.
Pegawai tersebut memaklumkan kepada beliau bahawa setiap premies hanya dibenarkan untuk membuka satu akaun sahaja. Beliau sama ada perlu meminta agar penghuni lama atau penjual rumah tersebut menjelaskan segala tunggakan beliau atau beliau sendiri menjelaskan tunggakan tersebut bagi pihak penjual. Setelah akaun lama tersebut tutup barulah permohonan beliau untuk mendapat bekalan letrik dapat diproses seterusnya.
Begitu juga dengan permohonan dengan Lembaga Air di Negeri Perak. Penghuni yang lama perlu menjelaskan segala tunggakan jika ada bagi membolehkan anda membuka akaun yang baru diatas nama anda.
Dokumentasi lain seperti salinan Geran, perjanjian jualbeli, kad pengenalan dan bayaran perlu dikemukakan semasa permohonan dibuat. Setelah tiada tunggakan barulah permohonan anda diproses.
Maaf saya tidak arif tentang proses bagi negeri lain. Jadi saya tidak berani untuk memberi pandangan. Cuma ada baiknya jika penama yang lama menutup akaunnya samaada dengan Tenaga Nasional Berhad atau mana mana agensi yang melibatkan premis yang anda beli agar tidak menimbulkan sebarang masaalah kelak ……..kan ianya lebih selamat.
Pandangan saya sekiranya anda membeli rumah pastikan semua bil utiliti telah diselesaikan untuk penjual untuk mengelakan sebarang kesulitan kelak. Seelok eloknya semasa anda mendapatkan salinan perjanjian jualbeli dan dokumen lain dari pihak peguam anda juga perlu minta salinan bil utiliti lain seperti bil letrik, bil air, Indah Water, Cukai Tanah dan Cukai pintu yang terkini agar senang anda membuat rujukan kelak