BIJAK MEMILIH TEMPOH PINJAMAN LPPSA
Memilih tempoh pinjaman LPPSA adalah amat penting. Mengikut Belanjawan 2019 yang di bentangkan pada bulan November, 2018 pinjaman bagi Penjawat Awam telah dinaikan tempoh pinjaman daripada 360 bulan (30 tahun) kepada 420 bulan (35 tahun). Memang ramai yang menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Mana tidaknya apabila tempoh pinjaman telah dinaikan maka bayaran bulanan dapat dikurangkan. Itu adalah dari segi logiknya bukan. TAPI dalam situasi yang tertentu ianya tidak demikian. Ini berlaku kepada seorang klien yang ingin membuat pinjaman dengan LPPSA.
Saya telah diamanahkan oleh peminjam untuk membantu beliau mengisi borang SPBB. Saya hanya dibenarkan oleh peminjam untuk menghantar borang permohonan online pada tahun 2019 kerana mengetahui bahawa tempoh pinjaman telah dinaikan selama 60 bulan. Sedangkan perjanjian jualbeli telah ditandatangani dalam bulan November 2018 lagi.
Saya akur dengan kehendak klien tersebut jadi pada 2/1/2019 seperti yang dikehendaki oleh beliau itu saya masuk ke sesawang LPPSA untuk melihat kadar bayaran balik yang dikenakan oleh beliau jika beliau membuat pinjaman selama 35 tahun. Apa yang amat memeranjatkan saya ialah kadar bayaran balik beliau tidak banyak beza dari tempoh jika pinjaman dibuat untuk tempoh 30 tahun atau tempoh 35 tahun.
Dibawah ini dinyatakan kadar bayaran balik yang perlu dibayar, butiran klien dan juga butiran harta yang dipohon oleh klien tersebut.
JUMLAH PINJAMAN | TEMPOH | BAYARAN BALIK |
RM 185,000-00 | 30 TAHUN | RM 1,125-96 |
RM 185,000-00 | 35 TAHUN | RM 1,121-82 |
BUTIRAN | ||
UMUR PEMINJAM | 51 TAHUN | |
JENIS RUMAH | TERES | |
JENIS PINJAMAN SECARA | ISLAMIK | |
JANTINA | PEREMPUAN | |
JENIS PINJAMAN | DALAM PEMBINAAN | |
Setelah melihat jumlah bayaran balik yang perlu dibayar oleh klien tersebut beliau dinasihatkan beliau agar beliau memendekan tempoh bayaran balik seminima yang boleh. Cuba bayangkan sekiranya peminjam membuat pinjaman dalam tempoh 35 tahun sedangkan beza pinjaman adalah sebanyak RM 4.41 sebulan sahaja. Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh beliau. Beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 66,000.00 dalam tempoh 5 tahun tersebut.
Oleh itu adalah dinasihatkan kepada anda yang ingin membuat pinjaman dengan LPPSA semak dahulu jumlah bayaran balik anda sebelum anda mengisi permohonan pinjaman anda. Terutamanya jika usia anda lebih daripada 40 tahun.
Buat semakan terlebih dahulu. Jadilah peminjam yang bijak kerana ini melibatkan tanggungan jangka panjang anda.