46 Comments

  1. Fairuz
    December 27, 2018 @ 2:16 pm

    Asslammualaikum saya nak tnya ayah saya ada buat pinjaman perumahan sektor awam tapi ayah saya dah meninggal duniaa …adakah kami harus membayar hutang yg tinggal ?? Atau selesai tidak perlu bayar apa2

    Reply

    • Admin LPPSA
      December 27, 2018 @ 2:31 pm

      waalaikumsalam. Sekirannya dalam geran itu nama ayah Fairuz seorang sebagai meminjam maka ahli keluarga atau waris tidak perlu membayar balik pinjaman. Apa yang perlu fairuz buat ialah menghubungi pihak Lembaga (LPPSA) beritahu bahawa ayah Fairuz telah meninggal dunia. Kemukakan surat mati semasa berurusan dengan pihak LPPSA alamat nya ialah :
      Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) No.9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya dan no tel LPPSA ialah 03-88801600.

      Reply

      • Mel
        October 24, 2020 @ 4:05 pm

        Selamat malam…saya nak bertanya jika saya buat pinjaman perumahan Lppsa,Tertulis di (PERMOHONAN PENINJAM : INDIVIDU) tapi saya masukkan 2 nama iaitu nama isteri saya dalam perjanjian.
        Soalan nya adalah:sekiranya di situasi ini,contoh sekiranya apa-apa yang berlaku dengan saya,adakah isteri saya kena bayar baki hutang rumah tersebut?

        Reply

        • Admin LPPSA
          October 26, 2020 @ 3:47 am

          Isteri tidak perlu membayar hutang tuan, sekira isteri tuan pula meninggal tuan masih perlu membayar hutang tersebut

          Reply

    • Admin LPPSA
      December 27, 2018 @ 2:42 pm

      Fairuz…..adalah dinasihatkan agar segera berhubung dengan pihak LPPSA kerana pihak LPPSA akan mengeluarkan geran kepada pewaris dan geran tersebut juga perlu apabila telah selesai bicara kuasa nanti boleh terus dimasukan penama/pemilik baru dalam geran tersebut.

      Reply

  2. Abdul talib hashim
    February 24, 2019 @ 6:50 pm

    Salam..saya beli rumah atas nama anak saya yang masih ada hutang dgn bank.adakah saya harus membayar bulanan keatas hutang tersebut atau tk perlu bayar bulanan pada bank.terima kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      February 24, 2019 @ 10:04 pm

      Waalaikumsalam..Maaf tuan, soalan tuan tidak berapa jelas. Tp saya cuba jawap. Ada dua keadaan disini. Peminjam masih hidup atau peminjam telah meninggal. Jika peminjam masih hidup sudah semestinya pinjaman perlu dibayar. Sekiranya peminjam yang membuat pinjaman dengan bank telah meninggal waris wajib pergi ke bank memaklumkan kepada pihak bank tentang kematian peminjam. Kerana setiap syarat pinjaman berbeza antara satu bank dgn bank yang lain. Waris perlu rujuk kepada surat tawaran bank sama ada harta yang dibeli tersebut dilindungi oleh pihak insuran (sekarang ini wajibkan).Sekira harta tersebut dilindungi, pihak insuranlah yang akan membayar kepada pihak bank mengikut jumlah yang harta tersebut dilindungi.

      Reply

  3. Nur
    March 16, 2019 @ 10:23 am

    Assalamualaikum. Kakak sy baru meninggal, berusia 38 tahun dan tidak mempunyai anak. Beliau ada pinjaman rumah kerajaan. Dan pinjaman dibuat sebelum beliau berkahwin. Jika pinjaman dianggap selesai, Adakah 100% menjadi milik suaminya? Atau ada bahagian untuk ibu si mati? Sekadar pertanyaan. Terima kasih.

    Reply

    • Admin LPPSA
      March 16, 2019 @ 2:36 pm

      Puan Nur, mengikut hukum faraid sekira seorang anak meninggal ibu dah ayah berhak untuk mendapat bahagian. Suami akan mendapat setengah bahagian dari harta isteri (simati). Sebaiknya puan Nor pergi ke Pusaka kecil untuk urusan pembahagian harta tersebut.

      Reply

      • aslinda
        October 3, 2019 @ 11:33 am

        Salam . Bapa mertua ada telah meninggal dan masih ada hutang rumah yang masih belum diselesaikan . Tapi peminjam hanya adalah bapa mertua . dan bapa mertua saya meletakkan penama anak sulung sebagai orang kedua . Adakah kami masih perlu membayar hutang rumah itu lagi ? Kami sudah bertanya pada bank dan bank menyatakan kami masih perlu membayarnya lagi . adakah insuran pembelian rumah adalah harus direnew setiap tahun ? sekian trima kasih .

        Reply

        • Admin LPPSA
          October 3, 2019 @ 12:49 pm

          Tuan kena lihat Letter of Offer semasa simati membuat pinjaman dahulu…memang ada kes yang waris terpaksa menyambung membayar hutang simati.
          Kalau melihat kepada situasi tuan bermakna insuran yang diambil oleh simati belum cukup untuk melindungi jumlah pinjaman yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Jadi warislah perlu sambung membayar hutang tersebut.
          Untuk MRTA (insuran) biasanya ianya dibayar secara sekaligus.

          Reply

  4. Nurus
    March 16, 2019 @ 3:15 pm

    Salam sejahtera..
    Suami saya baru meninggal dunia. Arwah peminjam persendirian. Saya dah maklum pada LPPSA dan tindakan telah dilakukan oleh LPPSA. Loan perumahan telah selesai oleh perlindungan insurans. Suami tidak sempat utk letak penama.
    Bagaimana prosedur untuk tukar penama?

    Reply

    • Admin LPPSA
      March 16, 2019 @ 6:37 pm

      Puan Nurus, tidak ada masaalah jika arwah suami puan tidak meletakan penama sebelum beliau meninggal kerana orang yang beragama lslam dilindungi oleh hukum Faraid. Semua yang berhak akan mendapat bahagian. Jadi, apabila puan dapat geran dari LPPSA puan boleh pergi ke Pejabat Harta Pusaka Kecil untuk urusan Harta puan.

      Reply

  5. Nurus
    March 17, 2019 @ 12:09 am

    Saya faham ia dilindungi oleh hukum faraid..jadi, utk mneruskan proses trsebut, perlukah saya brhubung dgn LPPSA utk dptkan geran? Atau saya hanya perlu tunggu panggilan dr LPPSA?

    Reply

  6. Admin LPPSA
    March 17, 2019 @ 1:25 am

    Puan Nurus….boleh teruskan untuk membuat tuntutan di Pejabat Pusaka Kecil dengan menggunakan salinan geran yang tercatat nama arwah dan sekiranya salinan tersebut tiada puan boleh membeli salinan geran tersebut di pejabat tanah/PTG dinama geran tersebut didaftarkan dahulu. Puan tidak perlu menunggu geran asal dari LPPSA. Geran Asal diperlukan semasa pendaftaran kepada pemilik baru setelah mendapat perintah dari Pejabat Pusaka Kecil kelak.
    Untuk permohonan di Pejabat Pusaka kecil ada beberapa dokumen sokongan lain yang akan diperlukan….

    Reply

  7. Nida
    March 18, 2019 @ 9:54 pm

    Salam..suami saya peminjam perumahan kerajaan dan tlh meninggal dunia..urusan penyerahan surat mati tlh diuruskan oleh kerani sekolahnya…apa tindakan saya yg seterusnya..buat pengetahuan suami saya tlh meninggal hampir 1 tahun 10 bln

    Reply

    • Admin LPPSA
      March 18, 2019 @ 10:15 pm

      Puan Nida…saya rasa elok kiranya puan sendiri sebagai waris yang sah menulis surat kepada LPPSA sertakan salinan surat mati arwah, salinan KP arwah dan jika bicara kuasa keatas harta tersebut telah dibuat sertakan sekali salinan perintah yang telah dikeluarkan dan alamat terkini puan supaya geran asal dapat diserahkan oleh LPPSA kepada pihak puan.

      Reply

  8. Nida
    March 18, 2019 @ 9:59 pm

    Buat pengetahuan tuan juga saya adalah penama kedua bagi rumah ini .didlm smp tercatat nama saya sbg penama ke dua…

    Reply

    • Nida
      March 18, 2019 @ 10:17 pm

      Terima kasih kerana memberi respons..dlm s&p saya adalah penama kedua…adakah prosesnya sama ..adakah sy perlu ke putrajaya atau bagaimana

      Reply

      • Admin LPPSA
        March 18, 2019 @ 10:56 pm

        Pada pandangan saya sebaiknya puan menulis surat dulu. Maklumkan secara terperinci mengenai pinjaman arwah. Dan maklumkan juga bahawa puan adalah juga sebagai penama dalam geran tersebut. Setelah mendapat respon dari pihak LPPSA barulah puan boleh ke LPPSA itu pun jika puan ingin kesana, kerana masa tu fail tersebut telah diambil tindakan dan senang bagi pihak LPPSA untuk memberi maklumbalas kepada pihak puan berdasarkan tindakan yang telah diambil oleh pihak LPPSA.

        Reply

        • z
          March 20, 2019 @ 9:47 am

          Salam admin. saya bru kematian isteri dan arwah merupakan pemohon lppsa…kebiasaannya..adakah baki pinjman rumah arwah isteri sy telh diselesaikn oleh pihk insurans? sekiranya ya…adakah rumah itu perlu dijual sekiranye ada tuntuan dripada ibu dan bapa mertua sy dan dibahagikan scara faraid?sy ingin melakukn secara baik dan tidak mahu ada persengketaan antara semua pihk…

          Reply

          • Admin LPPSA
            March 20, 2019 @ 10:32 am

            En Z…benar pihak insuran akan membayar semua hutang arwah. Mengenai penjualan harta tersebut itu terpulang kepada waris yang mendapat bahagian masing masing keatas harta tersebut.En Z pun akan mendapat bahagian keatas harta tersebut begitu juga ibu dan bapa arwah sekiranya En Z ada anak anak pun akan mendapat bahagian mereka. Kebiasaannya harta dijual sekiranya tiada waris yang mampu mengambil alih harta tersebut. Jadi untuk memberi pembahagian masing masing mengikut faraid harta tersebut dijual. Tapi sekiranya ada waris yang mampu untuk mengambil alih harta….jadi beliau lah yang akan membayar kepada waris-waris yang lain yang nama mereka terdapat dalam surat Perintih yang dikeluarkan oleh Pusaka kecil mengikut bahagian masing masing

  9. as
    March 20, 2019 @ 9:58 am

    salam admin…sy nk tnya adakah penama itu diklasifikasikan sbagai waris?arwah isteri sy pemohon lppsa..jdi arwah telah meletakan nama ibu dan bapa sbagai penama sebelum berkhawin….adakah automatik rumah itu menjadi 100% kepunyaan mertua sy atau faraid akan dibuat krana harta sepencarian kami semasa arwah masih hidup..?apa yg perlu sy buat selepas ini?

    Reply

    • Admin LPPSA
      March 20, 2019 @ 10:40 am

      En as…penama bukan pewaris….tapi sekiranya ibu mertua En As adalah penyumbang utama kepada pembelian harta tersebut maka dikira bahawa arwah berhutang dgn ibunya…setiap hutang perlu dijelaskan…walau bagaimana pun En As masih boleh menuntut hak En As sebagai waris…ini mmg termaktub dalam hukum faraid..en as boleh merujuk kepada pusaka kecil dan memklumkan perkara ini kepada mereka sekiranya En As belum menguruskan urusan Geran dgn LPPSA En As boleh menulis terus kepada pihak lembaga untuk mendapatkan geran dengan mengemukakan semua butiran arwah dan sertakan juga surat kematian.
      Jika En As ingin menguruskan pembahagian faraid dengan segera En As boleh membeli salinan geran jika salinan geran tiada dalam simpanan En As di Pejabat Tanah atau di PTG dimana harta tersebut didaftarkan dahulu.

      Reply

  10. Faizah
    October 21, 2019 @ 7:48 am

    Ibubapa saya ada membeli rumah tetapi bapa sy baru meninggal Dubai.Ibu saya berusia 63 tahun.Adakah ibu saya harus membayar baki pinjaman perumahan tersebut?

    Reply

    • Admin LPPSA
      October 23, 2019 @ 3:20 pm

      Kedua ibubapa tuan membuat pinjaman perumahan dgn institusi mana? Sama ada ada waris perlu membayar balik pinjaman tuan perlu berhubung dgn institusi kewangan teraebut.

      Sekiranya kedua bapa tuan membuat pinjaman dgn LPPSA kebiasaannya peminjam tidak perlu membayar apa apa seleas kematian jika pinjaman adalah secara individu

      Reply

  11. Nur Syafirah
    November 20, 2019 @ 3:05 pm

    Assalamualaikum

    Ayah saya telah meninggal dunia pada julai 2019. Kami dimaklumkan supaya membuat pemberitahuan kematian peminjam (LPPSA) . Apakah proses seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak kami setelah pemberitahuan kematian tersebut.
    Bagaimanakah/ apakah proses yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan / menukar nama geran kepada ibu kami. Adakah penukaran pemilik geran hanya boleh dibuat setelah kami ke unit pusaka kecil?

    Reply

    • Admin LPPSA
      November 23, 2019 @ 8:11 pm

      Setelah memberitahu pihak LPPSA tentang kemataian ayah tuan, tuan bolehlah berhubung dengan pusaka kecil untuk membuat tuntutan harta simati.

      Sebaiknya tuan senanaikan semua harta simati samaada harta alih atau harta tidak alih simati semasa membuat tuntuan agar proses tuntutan tersebut boleh dibuat secara sekali gus.

      Semua harta simati adalah tertakluk kepada hukum faraid kepada mereka yang beragama lslam jadi semua waris yang terlibat ada hak masing-masing dalam harta simati

      Reply

  12. remy
    December 10, 2019 @ 4:53 am

    Salam tuan. Bagaimana cara mahu tukar pewaris atau penama dalam pinjaman lppsa ? Ingin tukar dari nama isteri ke nama anak kerana isteri blacklist insolvensi. Untuk makluman pinjaman perumahan lppsa sepenuhnya nama saya. Atau sy boleh berurusan dengan pejabat pusaka kecil untuk meletakkan nama anak sebagai pewaris ?

    Reply

    • Admin LPPSA
      December 20, 2019 @ 8:21 am

      Soalan tuan kurang jelas….tuan boleh WA 010-4043351

      Reply

  13. Haini
    January 12, 2020 @ 3:48 am

    Assalammualaikum,
    Saya telah bercerai dgn suami, atas rundingan dgn hakim di mahkamah syariah, kami setuju agar rumah tersebut di berikan kpd 3org ank ..dn ansuran bulanan di lppsa di bayar oleh suami hingga selesai.
    2tahun yg lepas,bekas suami bnikah lain. Dn bcadang utk menamakan rumah tersebut kpd isteri beliau apabila tempoh hutang selesai atau pilihan kedua, ingin menjelaskan secara tunai baki pinjaman tersebut.

    Tempoh penceraian kami telah 10 tahun dn kini ank2 sudah berumur 21 tahu ke atas.
    Apakah yg saya patut buat agar rumah itu tidak bpindah milik ranpa pengetahuan.

    Di pejabat tanah, mereka mngatakan tiada kuasa utk bbuat apa2 jikahnya skadar surat dr mahkamah syariah.
    Minta tlg beri tunjuk ajar.
    Tksh

    Reply

    • Admin LPPSA
      January 12, 2020 @ 7:05 am

      Puan perlu merujuk balik ke Mahkamah mengenai perintah mahkamah tersebut. Puan terangkan kedudukan dan kemusyuskilan puan mengenai tanah tersebut kepada pihak mahkamah. Itu sahaja yang puan boleh lakukan untuk mengetahui status perintah Mahkamah tersebut sama ada tanah tersebut akan menjadi milik anak puan atau tidak

      Reply

  14. Nor
    July 2, 2020 @ 5:16 pm

    Salam. Tuan, sy ingin bertanya. Saya baru membeli rumah melalui loan lppsa (tolak gaji saya setiap bulan), tetapi rumah itu diletakkan atas nama saya dan suami bersama. saya ada menerima email dari lppsa utk kelulusan insurans pajak gadai utk diri saya dari syarikat takaful.

    soalan saya,sekiranya apa apa berlaku kepada saya, adakah suami sy perlu membayar 50% dari bayaran rumah itu?

    soalan kedua, saya masih belum menerima polisi insurans pajak gadai tersebut (hanya mendapat email dr lppsa sejak bulan Dec 2019), apa saya perlu lakukan? terima kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      July 3, 2020 @ 3:22 am

      Jika puan sahaja yang membuat pinjaman maka suami tidak perlu membayar balik pinjaman jikanya berlaku kematian, kerana ianya telah di insurankan sepenuhnya oleh pihak puan.

      Reply

      • Admin LPPSA
        July 3, 2020 @ 3:50 am

        untuk mendapatkan polisi tuan boleh menhubungi pihak insuran mana yang tuan ambil tempohari…

        Reply

  15. NOR
    July 3, 2020 @ 3:27 am

    terima kasih tuan, bagaimana dgn soalan ke2?

    Reply

  16. Prema
    September 14, 2020 @ 7:28 am

    Good day,saya membeli rumah dengan bergabung nama arwah suami saya dan telah menerima surat LA dari “Pusaka Kecil” untuk Rumah 5 tahun sebelumnya. Semasa mendengar di Pejabat Tanah dengan ibu bapa mertua saya tidak dibenar diberikan 100% menukar nama saya dan peratusan mereka telah diberikan kepada kedua-dua anak saya. Saya adalah pemilik pertama & kedua adalah arwah suami saya dan tiada perlindungan insurans untuk rumah kerana kecuaian arwah suami saya sehingga masih mempunyai baki pinjaman & saya satu-satunya pembayaran bulanan untuk pinjaman kepada bank sehingga sekarang. Peratusan ibu bapanya tidak dapat menukar atas nama anak-anak saya kerana masih di bawah umur. Hakim memutuskan harus dilantik sebagai pentadbir sehingga pinjaman selesai jadi saya dan Bapa mertua dilantik sebagai pentadbir.
    Tahun depan anak saya akan berumur 18 tahun & nama datuknya boleh ditukar kepada nama anak lelaki saya dengan baki bank masih belum selesai?

    Sila nasihatkan. Terima kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      September 17, 2020 @ 3:51 am

      Puan kena merujuk kepada pihak bank kerana bank adalah sebagai Pemengang Gadaian bagi harta tersebut. Hanya pihak bank sahaja yang ada kuasa untuk memberi kebenaran kepada puan untuk memasukan nama anak puan kedalam geran tersebut.

      Reply

  17. Arif
    December 8, 2020 @ 2:36 pm

    salam tuan /Puan, sy telah membuat permohonan harta pusaka kecil, harta alih dan tidak alih termasuk lot tanah yang didirikan rumah dengan pinjaman lppsa atas nama arwah ayah. soalan saya perlukah saya maklumkan kepada pejabat tanah ada rumah diaatas lot tanah yang didaftarkan untuk permohana harata pusaka, kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka dan tidak serahkan salinan geran lppsa disebabkan belum tahu prosesnya. terima kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      December 8, 2020 @ 2:59 pm

      Tuan perlu memasukan harta tersebut didalam menguruskan harta pusaka.Jika tidak harta tersebut tidak dapat ditukarkan kepada waris yang berhak

      Reply

  18. awin
    January 23, 2021 @ 3:12 am

    Assalamualaikum,

    tuan, sy nk bertanya.snp 2 nama (suami isteri),tp loan 1 nama (suami).suami xdpt nk byr sbb sudah abis servis dlm tentera & tdk mampu utk membyr.skrg,nama isteri telah dikenakan ctos.sbnrnya, apa kesan pd si isteri terbabit & blh ke dia (isteri) diisytiharkan bankrap?..pdhal loan atas nama suami.

    Reply

    • Admin LPPSA
      January 23, 2021 @ 3:31 am

      Isteri tidak di istiharkan bangrup hanya suami sahaja…namun harta tersebut akan tetap tetap di uurustakbir oleh pihak Insolvensi dan nama isteri masih akan disenarai hitamkan selagi harta tersebut tidak diselesaikan

      Reply

  19. nurul
    February 3, 2021 @ 3:44 am

    saya ingin bertanya dua soalan.

    1) saya beli rumah dua nama, saya dan suami. tetapi loan nama saya sahaja. Ada sign borang hibah lppsa. Kalau saya meninggal/suami meninggal, adakah bahagian tersebut akan menjadi hak yang masih hidup.

    2) adik saya beli rumah dua nama dan buat joint loan dengan suami. Kenapa tak perlu sign borang hibah. dan sekiranya salah seorang meninggal, bukankah bahagian yang meninggal perlu difaraidkan. Macam mana nak bagi bahagian yang meninggal kepada yang masih hidup. adakah perlu sign borang hibah lppsa juga

    Reply

    • Admin LPPSA
      February 7, 2021 @ 1:53 am

      Soalan 1….waris sahaja yang layak untuk menerima harta semati mengikut hukum faraid bagi mereka yang beragama lslam
      Soalan 2….Hibah itu ditandatangani bagi hanya seorang sahaja pinjaman sedangkan harta tersebut didaftarkan keatas dua nama. Sekiranya kedua duanya adalah peminjam maka tak perlu menandatangani Hibah tersebut

      Reply

  20. Awin
    February 19, 2021 @ 5:08 am

    Terima kasih.. Sy nk tnya juga apa kesan pd aset isteri yg sedia ada, jika suami diisytihar bankrap?

    Reply

    • Admin LPPSA
      February 19, 2021 @ 6:57 am

      Selagi harta tersebut atas nama puan dan bukan diatas penama yang bangkrup ianya tidak akan memberi kesan pada puan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *