APA ITU KELAYAKAN PINJAMAN
Kelayakan pinjaman adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan atau LPPSA untuk menentukan berapa jumlah pinjaman yang layak dikeluarkan berdasarkan pendapatan anda.
Pengiraan kelayakan pinjaman adalah berbeza diantara pihak bank dan LPPSA. Pihak bank tidak hanya mengambil pendapatan daripada gaji sahaja. Sekiranya anda boleh membukti kan kepada pihak bank bahawa anda mempunyai pendapatan sampingan maka anda akan mempunyai kelayakan yang tinggi untuk membuat pinjaman jumlah yang dipohon. Jadi adalah penting bagi anda untuk menyimpan segala rekod pendapatan anda. Segala pendapatan yang diperolehi harus dimasukan ke dalam akaun bank untuk dijadikan sebagai bukti yang kukuh.
Kebiasaanya sebelum kelulusan dibuat pihak bank akan melihat rekod pembayaran anda dengan mana-mana agensi lain. Sekiranya track rekod anda baik maka peluang anda untuk diluluskan pinjaman adalah cerah begitulah sebaliknya. Rekod anda akan dilihat melalui sistem CTOS/CRISS. Jadi apabila anda ada membuat pinjaman dengan mana-mana badan pastikan anda menjelaskan hutang anda, Anda tidak akan terlepas kerana rekod anda akan buruk dan memusnahkan harapan anda untuk membuat pinjaman. Atas alasan tertentu juga pihak bank juga boleh mengurangkan pinjaman anda.
Bagi institusi kewangan kebiasaannya kelulusan yang ditawarkan adalah 90% atau kurang (mengikut situasi) daripada harga jualbeli. Jadi 10% daripada harga jualbeli perlu ditanggung oleh pembeli itu sendiri melalui simpanan. Jadi anda berpu bersedia dengan jumlah tersebut bersama dengan Fi peguam.
Bagi pinjaman LPPSA kelayakan pinjaman anda adalah berdasarkan slip gaji anda dan jika gaji anda memenuhi syarat iaitu potongan bulanan anda tidak melebihi 60% daripada bayaran bulanan anda maka anda layak untuk membuat pinjaman. Kebiasaannya bagi pinjaman LPPSA ini anda layak untuk mendapat pinjaman 100% kecuali jika nilaian harga rumah adalah kurang dari harga perjanjian jualbeli dan juga kelayakan anda adalah rendah atau komitmen adalah adalah tinggi dan menyebabkan anda tidak akan memperolehi pinjaman penuh. Maka disini lah yang akan wujud wang beza
NILAIAN HARTA
Bagi anda yang membuat pinjaman dengan dengn pihak bank, kebiasaanya pihak bank mempunyai Jurunilai mereka sendiri yang telah dilantik menjadi panel kepada mereka. Manakala bagi pinjaman dengan LPPSA pula Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta ditugaskan untuk menilai harta yang ingin dibeli oleh peminjam.
Kelulusan pinjaman akan diberikan kepada pemohon berdasarkan kelayakan dan nilaian harta tersebut. Jadi adalah wajar kepada anda untuk mengetahui nilaian rumah anda sebelum anda membuat pinjaman kerana Kelayakan pinjaman dan Nilaian Harta, bagi harta yang ingin anda beli itu berdasarkan kedua faktor ini.