MEMBELI RUMAH LELONG
Sebelum anda ingin membeli rumah melalui Jualan lelong, anda sebagai bakal pembeli adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah langkah berikut sebelum anda membuat bidaan harta tersebut. Antara langkah langkah yang wajib anda ambil ilah :-
- memeriksa dan mengenalpasti lokasi hartanah yang ingin anda beli. Anda perlu tahu kedudukan dimana lokasi harta tersebut kerana kedudukan harta tersebut memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai harta terserbut.
- memastikan bahawa segala butiran hartanah tersebut adalah betul dan tepat. Buatlah carian Resmi bagi harta tersebut terlebih dahulu dan dapatkan salinan serta syarat-syarat Jualan daripada Pihak Pelelong. Jika anda kurang arif tentang pembelian secara lelong ini adalah baik jika anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak peguam terlebih dahulu.
- mendapatkan harga pasaran untuk rumah tersebut agar senang anda mengetahui harga yang sepatutnya anda membuat bidaan untuk mengelakan anda membeli rumah tersebut lebih dari harga pasaran yang mana ini akan merugikan anda sendiri
- pastikan juga anda layak untuk membuat pinjaman dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum anda membuat bidaan. Pasti nama anda tidak disenaraikan hitamkan dalam CCRIS dan CTOS.
- tempoh penyelesaian tidak sama dengan perjanjian jualbeli dimana ianya boleh dilanjutkan sekiranya perjanjian tersebut tamat. Tapi tidak bagi pembelian rumah lelong. Tempoh penyelesaian nya adalah HANYA selama 120 hari sahaja dan jika anda gagal untuk membayar baki harga lelongan tersebut wang deposit anda sebanyak 10% daripada harga bidaan akan lenyap. Menggerunkan bukan.
- pastikan juga harta tersebut bebas daripada sebarang kaveat persendirian. Sekiranya ada pihak bank tidak akan memberi pinjaman kepada anda demi menjaga kepentingan mereka.
- pastikan juga kondisi rumah tersebut untuk dan buatlah bidaan mengikut kondisi rumah itu agar anda tidak rugi apabila anda membaikpulih rumah itu kelak
- letakan satu harga yang paling maxima yang boleh anda bida jadi anda tidak akan membida rumah tersebut melebihi dari harga yang anda telah tetapkan. Masukan aggaran untuk membaikpulih rumah tersebut kedalam jumlah bidaan (pastikan harga tersebut tidak melebihi daripada harga pasaran.
Setelah anda telah mengambil semua langkah diatas maka anda bolehlah membuat bidaan diatas rumah tersebut mengikut nilaian anda. Jangan terlampau ghairah semasa membuat bidaan sehingga ada lupa akan harga yang maxima yang telah anda tetapkan…
LPPSA tidak akan memberi pinjaman kepada penjawat awam yang membeli rumah lelong dari lelongan awam. LPPSA hanya akan mempertimbangkan permohonan pinjaman dari Lelongan yang dibuat oleh pihak LPPSA sendiri